Pages

mia amira

Saturday, 27 April 2013

Assalammualaikum...

Korang de tengok tak Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia di Slot Zehra yang kt Tv3 tu.. seriously Mia da bce tau Novel tu... best sangat masa bce terbayang-bayang muka Izzue Islam yg cute tu memainkan watak Firash Arshad and Tizz Zaqyah sbg Syafa Aqira.. memang romantik..

ni lo Novel die...


Ha dari novel bertukar kepada drama... tak rugi tengok tiap-tiap minggu.. mst tergelak punye la kalo tgok..




Izzue Islam sebagai Firash Arshad dan Tizz Zaqyah sebagai Syafa Aqira..






ni pulak Mia nak  bagi sinopsis drama ni.. Memang la agk lari sikit dari novel die tapi bersebab.. ha nk tau kene la baca novel die n tengok drama die k... ni best seller tau novel ni..



Drama bersiri 13 episod Sebenarnya Saya Isteri Dia terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin. Lakonan, Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi. 

Sinopsis. Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. 

Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. 

Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. 

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish. 

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya. 

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu. 

Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. 

Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul. 

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?

Thursday, 25 April 2013

Ola...
 Ok now Mia nak cerita pasal elergi pada kacang...

Kacang boleh menyebabkan reaksi alergi, yang kadang-kadang nya teruk.. Alergi yang teruk kepada kacang dipanggil anafilaksis dan boleh mengancam nyawa..Alergi boleh berlaku dalam masa satu jam  dan kadang-kadang dalam beberapa minit. Mengelak makanan yang mengandungi kacang akan menghalang tindak balas alahan.  Jika anda mempunyai reaksi alahan yang teruk, anda perlu mengambil suntikan adrenalin serta merta dan perlukan  ambulans untuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.. 
Tanda-tanda dan gejala alahan yang sederhana boleh termasuk:
-Mulut dan bibir sesemut.
-Muka bengkak.
-Rasa sakit.
-Urtikaria (ruam melukakan hati atau gatal-gatal).
-Sakit yg bersifat sakit perut di bahagian abdomen anda (perut atau perut).
- rasa sesak di sekitar tekak anda.
Tanda-tanda dan gejala tindak balas yang lebih teruk alah boleh termasuk:
-Semput atau kesukaran bernafas akibat serangan seperti asma, atau bengkak di sekitar tekak anda.
Pengembangan (membuka) saluran darah anda, yang boleh menyebabkan:
-kemerahan umum kulit anda
-kadar jantung yang cepat
tekanan darah rendah, yang boleh menyebabkan anda berasa lemah atau pengsan..
Tindak balas yang teruk dikenali sebagai anafilaksis dan tanpa rawatan cepat akan menjadi tidak sedarkan diri.. Sebilangan kecil orang mati setiap tahun akibat daripada ini jenis tindak balas yang teruk, biasanya kerana mereka tidak mendapat rawatan dengan cepat.. Jika anda fikir anda mempunyai tindak balas anaphylactic anda perlu memanggil ambulans dengan segera dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera..Kira-kira satu dalam tiga orang dengan alahan kacang mempunyai tindak balas awal untuk kacang, diikuti oleh tindak balas kedua antara satu dan lapan jam selepas yang pertama. 

jenis-jenis kacang yang boleh menyebabkan alahan..




Apa yang perlu dilakukan jika anda mempunyai tindakbalas alahan
1. Reaksi ringan:
Ambil tablet antihistamin secepat mungkin. Anda boleh membeli ini di farmasi atau mendapatkan mereka pada preskripsi. Antihistamin menghalang tindakan histamin, bahan kimia yang dilepaskan ke dalam badan anda semasa reaksi alahan. Mereka biasanya mengambil 15-30 minit untuk mula member tindakan..
Jika reaksi korang menjadi lebih teruk kemudian mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.
2. Teruk (anaphylactic) reaksi:
Jika korang mempunyai  suntikan adrenalin,korang harus menggunakannya.
Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans segera. Jika boleh, sentiasa mempunyai seseorang dengan korang pada setiap masa..Jika korang  mempunyai asma dan ubat sedut, boleh menggunakannya sebagai rawatan awal sebelum ke hospital..
Kalau dalam ambulans atau di hospital korang juga boleh diberikan oksigen untuk membantu pernafasan anda, steroid untuk mengurangkan sebarang keradangan, dan antihistamin untuk menangani tindak balas alergi.
Sesetengah orang mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif jika tindak balas adalah sangat teruk.
Gejala yang ringan boleh bertahan sehingga satu jam tetapi gejala yang teruk boleh bertahan lebih lama. Maybe korang perlu tinggal dekat hospital sehingga doktor pasti kan korang elah pulih sepenuhnya.
so hati-hati k pada sesapa yang ade alahan pada kacang tu ye.. jangan ambil ringan.. bahaya tau..

Wednesday, 24 April 2013

jemput la tengok Gwiyomi saya..


sekarang kan kecoh 1 dunia dengan  Gwiyomi.. Mia pon minat gak lagu tu sebab cute sangat lagu tu.. so saja-saja nak try and for enjoy.. ya.. bukan la secomel awek-awek yang kt youtube.. tapi just for enjoy... so jemput tengok... :) like la kt youtube :D

Pemilihan Kanta lekap yang betul..

Halu Halu...

Ha.. Hari ni Mia nak update pasal lens pulak.. So macam yang kita sume tau.. Lens atau kanta lekap.. kalau nak ikut kan statistic la boleh di kata kan  hampir semua remaja zaman sekarang terutama remaja perempuan semua mesti nak pakai kanta lekap or contact lens.. sebab apa?? Sebab cantik la... termasuk la Mia.. hahahaha

Tapi.. remaja zaman sekarang ramai yang tak mengambil kira soal keselamatan tentang memakai kanta lekap.. dan ramai juga yang menggunakan kanta lekap murah atau tiada kelulusan pada pihak kementerian...
Tau atau tidak bahawa kanta lekap seperti ini akan membawa kesan pada mata kita.. contoh mata akan jadi bengkak, merah, serta pandangan akan menjadi kabur..

Oleh itu.. untuk memilih kanta lekap Mia shore kan baik beli di pusat optik yang mendapat kelulusan dari pihak kementerian.. Yela ni bukan perkara main-main kalau silap langkah boleh buta!!

Lagi 1 kena pastikan juga kanta lekap yang kita beli tu mesti la halal tuk digunakan.. dan mungkin ada antara kita yang keliru.. boleh atau tidak kita pakai kanta lekap ni..

Kalau mengikut hukum.. kanta lekap boleh dipakai selagi ianya adalah bertujuan untuk perubatan contoh nya rabun.. dan haram untuk tujuan  kecantikan..

Pemakaian kanta lekap pon harus la bersih.. masa nak pakai tu tangan kene cuci bersih-bersih.. kanta lekap juga harus la di simpan dengan elok.. bersih.. dan dalam suhu bilik.. masa pemakaian kanta lekap juga.. mata mesti harus di biar kan basah.. jangan kering nanti mata akan sakit, pedih n akan merah.. So hati-hati k kalau nak pakai kanta lekap.. jgn sebab nak cantik nanti merana diri


                                                                                                        xoxo Mia


ha tengok ni.. Mia pon baru beli lens baru.. tapi yang tok rabun la.. maklum la orang mate rabun.. hahahaha








Tuesday, 23 April 2013

Important of Ligament

Hola Hola..
Semenjak Mia belajar dalam bidang Physiotherapy ni Mia jadi obses sikit dengan ligament.. hahahaha bunyi macam kelakar kan?? tapi kenyataan guys 
Ligament yang Mia nak share and Mia suka sangat is Patellar Ligament!! 



patellar ligament or knee ligament sebenar nya ada empat ligament.. 
1-anterior cruciate ligament (terdapat di depan lutut)
2-posterior cruciate ligament (terdapat di belakang lutut)
3-lateral collateral  ligament (terdapat di sebelah luar lutut)
4-medial collateral ligament (terdapat die sebelah dalam lutut)

ligament-ligament yang ada ni mempunyai fungsi lain-lain.. 
1-anterior criciate ligament berfungsi untuk prevent lutut kita dari bergerak ke depan.. dengan ada nya ligament ni tak de la lutut kita terkeluar ke depan tiba-tiba je..
2-posterior cruciate ligament berfungsi untuk prevent lutut kita dari bergerak ke belakang..
3-lateral collateral ligament pulak berfungsi untuk prevent lutut kita dari ber gerak ke dalam... so ligament ni kerja dia  to pull the patellar to move inside..
4-medial collateral ligament berfungsi untuk prevent lutut dari bergerak ke luar...

so cuba korang bayang kan kalau lutut kita tak da langsung ligament mesti tulang lutut kita boleh dengan senang-senang je bergerak ikut sesuka ati dia.. hahahaha
so Allah tu bijak banyak fungsi Dia buat untuk jadi kan kita satu makhluk yang sempurna :) Syukur Alhamdulillah..