Pages

mia amira

Saturday, 8 June 2013

Luahan Hati

Salam..

Malam ni sejuk sgt.. tp hati plak yg hangat hahahaha.. Nak nangis rse tak mampu.. nk senyum rse kelat.. nk sedih rse ralat.. haishhh... Tah la.. Tah pe la perasaan ni.. Susah nk d gambar kn.. 

Tipu la kalo ckp tak sunyi.. Sunyi.. tapi wt cm tak tau je.. Senyum.. Ingat kau pegang pd jnji.. Tapi syg.. Aku silap sbb ko tak pernah pegang pd jnji ko.. Malah ko selalu mungkir.. Ingat  da berubah.. Tapi syg masih mcm dlu lgi teruk ade la.. Manusia.. Kalo da playboy mmg susah nk buang.. mmg la sakit ati tapi nk wt cm ne.. tu hak ko kn..

Dulu mase aku tanya ko mmg suke die or tak.. Tak nk lak ngaku.. now.. pe cer bro?? hadoi.. Jgn bagi alasan bodo.. plz.. Ko ckp ko alim.. tp npe gamba ko bkn main rapat lg?? cm berpeluk.. Jgn mengaku diri alim Kalo stakat bg ayat motivasi kt fb je.. da la berhenti dri berpura pura.. lme2 org muak.. 

Bila org kutuk and ckp blakang psl ko.. Ko marah.. tp pd aku tu mybe hukum karma.. sbb ko kn selalu berpura pura.. so dpt la bende cm tu.. 

Ps/ Allah bayar cash.. Peace.. 

selamat mlm.. 

Friday, 7 June 2013

Addicted to SSID and Forteen

Ok first nk tanye la spe yg tengok Drama yg tengah meletop2 skang ni SSID or Sebenarnya Saya Isteri Dia ??! angkat tangan skang.. mengaku cpt ! hahaha wow da smp episode 9 da pon.. lg 4 episode je lg da nk abes.. :(  tok minggu ni bnyk pulak ayt2 yg best die dlm drama ni..

Hadoi ! da la si Firash tu nakal mmg superb lawak la minggu ni.. terguling2 aku gelak... hahaha sape yg nk link nk tengok blk or yg terlepas cite ni t comment Mia masuk kn k..

yg lg 1 wt aku giler mlm cm ni ialah dgn tengok .. dgr... n download sume psl Forteen.. well da jd addicted kn.. nk wt cm ne.. Hadoi.. dgr sore Forteen ni terbuai aku.. mmg saje wt lentok la dorg ni ! hai.. mimpi forteen nan Firash Arshad la aku jawab nye mlam ni.. lalalalala nite..

Berjaya Akhirya !

Yeay !
Why Mia jerit ni??? hahaha sebab percubaan Mia nk masuk kn Back ground Music kt Blog ni da berjaya ! Bangga jap ni.. hohohoho Ye la.. Bayang kn la.. berbulan.. Berkali kali cuba bru now berjaya.. ok la tu kn ?? hahahha tak kesah la mak nyah.. Janji da de da background Music so tak de la nanti Blog I ni jd blog sunyi cm Blog bisu.. hahaha and yg plg best sume playlist lagu ni lgu Forteen .. Ulang suara lagu FORTEEN SAHAJA ! hahaha anyway I'm so happy today :)

Monday, 3 June 2013

Bila Diri Kurang Disayang

Sedih bila nak cerita.. mungkin org tak kn paham pe yg kite rse.. Mungkin org akan herdik and ckp tu bende biasa n patut.. tak tau la..
Pe beza ank lelaki dan ank perempuan?? bkn ke sme je?? Npe mesti lebih ank lelaki.. and npe ank perempuan hanya di gunakan sebagai alat untuk mnghabis kn keja?? (pembantu rumah segera) dgn alasan "Awk tu ank dara" .. Bila celik mata terus kne mandi.. tak blh tunggu lme2.. sbb bnyk keje tunggu.. pas mandi belom blh sarap lg.. terus kene buat keje dulu.. like sapu rumah.. Basuh bju.. Jemur baju.. pas siap sume bru blh sarap.. hurmm mmg dari kecik aku n adk (perempuan) da di didik mcm ni..

Lps sarap x blh terus goyang kaki.. Kene masuk dapur masak.. Kdg2 mengah gak.. ye la belum sempat amek nafas terus kne sambung kje lain... stress pon de kdg2.. kalo da siap msk.. Selalu nye lps pukol 12 bru la blh duduk.. tp bln sempat syok tarik nafas da kne wt bende lain.. like amek air la.. betul kn tu la.. betul kn ni la.. hadoi.. sabar bg tarik nafas jap.. yg laki?? mne?? hilang.. g main la.. g belek kereta la.. smp bg mkn kucing pon org laki tak blh wt mst kmi yg adk beradk perempuan..

Kalo slh sikit.. Hadoi smp 1 dunia nk kne bg tau.. kdg2 malu jugak ye la jiran2 dgr kite kne marah.. Tapi x blh nk tarik muka.. Sbb kalo tarik muka nanti kne sembur lg teruk so tahan je la.. senyap je.. jgn melawan.. Kalo adk beradk laki.. bwt slh.. Kami yg perempuan ni tak blh tegur.. sbb nanti kami yg perempuan kne marah blk. yg laki di bela.. serious mmg rse sgt x adil..

Aku and adk (perempuan) bkn nk ape.. just nk lebih lembut dlm tegur kmi.. jgn wt kami mcm pembantu rumah tak bergaji.. kalo nk tegur tlg la lembut sikit bkn maki kami.. Kami manusia kdg2 de wt silap.. bkn selalu betul..

rintihanSeorgAnk...

Sunday, 2 June 2013

ehem ehem Assallammalaikun..
fuh.. berhabuk da blog ni.. hahah so now kite nk post smothing k..
 Tanggal 2 Jun 2013 seperti yg sume org tau hari ni birthday Izzue Islam (sme nan HB ayah sy) and hari ni jugak hari istimewa buat Izzue bila hari ni adalah hari di mana Izzue kawin ! Alhamdulillah Tahniah buat Izzue dan Isteri Kak Awin... Semoga kekal hingga akhir hayat..
                   ha ni mse acara pernikahan.. hahaha nakal je mke Izzue.. anyway Kak Awin cntik sgt !



                           yg ni tok persandingan.. cantik kn gaun kak awin.. Izzue nmpk segak ..

ha sahabat sejati bff la kate kn.. mst la kne ade #ForteenForever  respect dgn Ariz, Ameer n One.. sbb sehari sebelum majlis dorg de kt Penang tok Show tp cepat je dorg blk sbb nk meraikan sahabat dorg di hari bahagia.. so Sweet of u guys !

                                cantik gamba.. sekali imbas dorg nmpk cm couple cina.. hahaha cute !

                                                              nmpk elegan sgt gamba ni..
                                             ni persalinan untuk potong kek by Hatta Dolmat
                                              ni ehem.. Izzue da sudah.. u guys bile lg.. hahaha
                                                             ni gamba yg plg sweet :'D

so di ucap kn semoga bahagia hingga akhir hayat.. walau pun Izzue Islam.. Kak Awin.. Forteen .. Forteenagers.. tak kenal sy tp sy sentiasa menyokong Izzue Islam n Forteen always.. sentiasa mahu lihat kamu2 yg sy syg bahagia :D

Thursday, 2 May 2013

Izzue Islam Bakal Berkahwin Jun Ini




Izzue Islam pelakon Sebenarnya Saya Isteri Dia yang merupakan salah seorang anggota Forteen yang menjadi pujaan gadis2 bakal bernikah bulan Jun ini.. Ha ramai la yang frust lepas ni.. (termasuk la sy) hahhahaha


Sebelum ini kecoh pasal pelakon popular Izzue Islam dikhabarkan bertunang dengan pengurusnya yang dikenali sebagai awin. Namun anggota kumpulan Forteen itu enggan mengesahkannya.

Akhirnya Izzue 23, mengaku yang dia bakal bernikah dengan Awin pada 2 Junn ini. Dia juga mengakui cerita mengenai pertunangan nya dulu adalah benar. Dia enggan mendedahkannya kerana ada sebab tertentu serta mahu menjadi hati banyak pihak, termasuk keluarga mereka.

"Benar kami akan bernikah pada pagi 2 Jun ini dan majlis persandingan akan diadakan pada tengah hari yang sama di Shah Alam," kata Izzue kepada Mangga Online malam ini.

Mereka dikatakan bertunang pada musim
Hari Raya Aidilfitri lalu.













#sumber dari Mangga Online..

Saturday, 27 April 2013

Assalammualaikum...

Korang de tengok tak Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia di Slot Zehra yang kt Tv3 tu.. seriously Mia da bce tau Novel tu... best sangat masa bce terbayang-bayang muka Izzue Islam yg cute tu memainkan watak Firash Arshad and Tizz Zaqyah sbg Syafa Aqira.. memang romantik..

ni lo Novel die...


Ha dari novel bertukar kepada drama... tak rugi tengok tiap-tiap minggu.. mst tergelak punye la kalo tgok..




Izzue Islam sebagai Firash Arshad dan Tizz Zaqyah sebagai Syafa Aqira..






ni pulak Mia nak  bagi sinopsis drama ni.. Memang la agk lari sikit dari novel die tapi bersebab.. ha nk tau kene la baca novel die n tengok drama die k... ni best seller tau novel ni..



Drama bersiri 13 episod Sebenarnya Saya Isteri Dia terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin. Lakonan, Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi. 

Sinopsis. Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. 

Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. 

Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. 

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish. 

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya. 

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu. 

Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. 

Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul. 

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?

Thursday, 25 April 2013

Ola...
 Ok now Mia nak cerita pasal elergi pada kacang...

Kacang boleh menyebabkan reaksi alergi, yang kadang-kadang nya teruk.. Alergi yang teruk kepada kacang dipanggil anafilaksis dan boleh mengancam nyawa..Alergi boleh berlaku dalam masa satu jam  dan kadang-kadang dalam beberapa minit. Mengelak makanan yang mengandungi kacang akan menghalang tindak balas alahan.  Jika anda mempunyai reaksi alahan yang teruk, anda perlu mengambil suntikan adrenalin serta merta dan perlukan  ambulans untuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.. 
Tanda-tanda dan gejala alahan yang sederhana boleh termasuk:
-Mulut dan bibir sesemut.
-Muka bengkak.
-Rasa sakit.
-Urtikaria (ruam melukakan hati atau gatal-gatal).
-Sakit yg bersifat sakit perut di bahagian abdomen anda (perut atau perut).
- rasa sesak di sekitar tekak anda.
Tanda-tanda dan gejala tindak balas yang lebih teruk alah boleh termasuk:
-Semput atau kesukaran bernafas akibat serangan seperti asma, atau bengkak di sekitar tekak anda.
Pengembangan (membuka) saluran darah anda, yang boleh menyebabkan:
-kemerahan umum kulit anda
-kadar jantung yang cepat
tekanan darah rendah, yang boleh menyebabkan anda berasa lemah atau pengsan..
Tindak balas yang teruk dikenali sebagai anafilaksis dan tanpa rawatan cepat akan menjadi tidak sedarkan diri.. Sebilangan kecil orang mati setiap tahun akibat daripada ini jenis tindak balas yang teruk, biasanya kerana mereka tidak mendapat rawatan dengan cepat.. Jika anda fikir anda mempunyai tindak balas anaphylactic anda perlu memanggil ambulans dengan segera dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera..Kira-kira satu dalam tiga orang dengan alahan kacang mempunyai tindak balas awal untuk kacang, diikuti oleh tindak balas kedua antara satu dan lapan jam selepas yang pertama. 

jenis-jenis kacang yang boleh menyebabkan alahan..




Apa yang perlu dilakukan jika anda mempunyai tindakbalas alahan
1. Reaksi ringan:
Ambil tablet antihistamin secepat mungkin. Anda boleh membeli ini di farmasi atau mendapatkan mereka pada preskripsi. Antihistamin menghalang tindakan histamin, bahan kimia yang dilepaskan ke dalam badan anda semasa reaksi alahan. Mereka biasanya mengambil 15-30 minit untuk mula member tindakan..
Jika reaksi korang menjadi lebih teruk kemudian mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.
2. Teruk (anaphylactic) reaksi:
Jika korang mempunyai  suntikan adrenalin,korang harus menggunakannya.
Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans segera. Jika boleh, sentiasa mempunyai seseorang dengan korang pada setiap masa..Jika korang  mempunyai asma dan ubat sedut, boleh menggunakannya sebagai rawatan awal sebelum ke hospital..
Kalau dalam ambulans atau di hospital korang juga boleh diberikan oksigen untuk membantu pernafasan anda, steroid untuk mengurangkan sebarang keradangan, dan antihistamin untuk menangani tindak balas alergi.
Sesetengah orang mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif jika tindak balas adalah sangat teruk.
Gejala yang ringan boleh bertahan sehingga satu jam tetapi gejala yang teruk boleh bertahan lebih lama. Maybe korang perlu tinggal dekat hospital sehingga doktor pasti kan korang elah pulih sepenuhnya.
so hati-hati k pada sesapa yang ade alahan pada kacang tu ye.. jangan ambil ringan.. bahaya tau..